Sejarah MUC

Sejarah Kami.

Kelab Melayu Kpg. Nyabor (MUC) Sibu mempunyai sejarahnya tersendiri. Berdasarkan sejarah awal penubuhan Kelab Melayu Kpg .Nyabor yang lebih dikenali dengan sebagai Kelab MUC (Malay Union Club) telah ditubuh dengan hanya 78 orang ahli seawal 1930an. Penubuhan ini telah memberi kesedaran dalam kalangan orang Melayu khususnya yang tinggal di sekitar Kampung Nyabor tentang faedah dan kebaikan berpersatuan, berkumpulan dan lebih lagi dapat mengeratkan lagi silatulrahim dalam kalangan mereka. Ini telah mendorong mereka untuk menubuh sebuah kelab Melayu agar dapat bergiat dalampelbagai bidang seperti Kesenian, Kebudayaan, Kebajikan, Keagamaan dan Ekonomi. Atas hasrat serta semangat yang tinggi maka Kelab Melayu Kpg. Nyabor telah didaftar pada 1 Oktober 1934. Ianya merupakan persatuan yang masih bertahan sehingga sekarang.Yang Dipertua pertama Kelab Melayu Kpg Nyabor ada AlmarhumTn Hj. Edi Bin Bujang.Semasa penaklukan Jepun pada tahun 1941 hingga 1945, Almarhum Encik Abang Amit Bin Abang Sidek telah dilantik untuk memimpin kelab dan diambil alih semula kepimpinan kelab oleh Almarhum Tuan Haji Edi bin Bujang.

Pada awal tahun 1930 Kelab Melayu Kpg. Nyabor telah mempunyai bangunan 2 tingkat sendiri yang pertama didirikan di atas bekas tapak Surau Darul Ihsan berhampiran dengan rumah Almarhum Tuan Haji Drahim di Jalan Kpg. Nyabor yang kini diduduki oleh Pejabat Pos Sibu. Tingkat pertama bangunan tersebut menempatkan Surau Darul Ihsan dan Tingkat Bawah untuk ahli menjalankan aktiviti kelab. Pernah menjadi Pejabat Polis Tentera Jepun ‘Kempeitai’ semasa penaklukanSarawak yangtelah menyekat segalakegiatandanaktiviti kelab.

Pada awal 1957 bangunan kelab pertama telah diroboh untuk pembinaan Pejabat Pos dan dipindah serta dibangun semula diatas tapak baru di persimpangan Brooke Drive dan Jalan Kpg. Nyabor. Bangunan Kelab Dua Tingkat yang baru diperbuat daripada kayu telah dirasmikan oleh Tuan Residen Bahagian Ketiga waktu itu Tuan D.C White pada bulan Jun 1957. Bangunan kedua ini telah banyak meninggalkan sejarah serta kenangan manis kerana banyak kegiatan telah diadakan di dalam kawasan kelab. Antara program yang terkenal ketika itu adalah pertunjukan pentas yang sering disebut ialah ‘Main Bangsawan’.Program ini telah melahirkan banyak bakat baru seperti bakat berlakon, belawak jenaka, bernyanyi,bermain alat muzik dan lain-lain kebolehan sendiri. Hasil daripada bakat bermain alat muzik kelab telah menubuhkan Kumpulan Brass Band yang dipimpin oleh Almarhum Tuan Hj Edi Bin Bujang pemian klarinet. Kumpulan Brass Band kelab telah banyak menerima jemputan untuk memeriahkan majlis-majlis perayaan di Bandar Sibu ketika itu. Pada1961 perkarangan Bangunan Kelab MUC telah mencipta Sejarah apabila YAB Perdana Menteri Pertama Malaysia YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan telah melawat Bandar Sibu dan telah mengadakanperjumpandengan rakyat di kawasantersebut.

Setelah berdiri gah selama 18 tahun yang banyak meninggalkan kenangan dan sejarah bangunan kelab kedua telah diroboh pada tahun 1975 . Sebuah syarikat pemaju telah medirikan sebuah blok bangunan kedai empat tingkat di tapak bangunan kelab yang siap dalam tahun 1979. Kelab telah diperuntukkan dua pintu lot kedai. Semua ruang kedai milik kelab telah disewa kecuali Tingkat atas digunakan oleh kelab sendiri sebagai Pejabat Pentadbiran.Hasil daripada penyewaan lot-lot kedai dan setelah mempunyai dana yang mencukupi, Kelab MUC telah membangun sebuah Dewan Serbaguna di Lot 320 Jalan Jasmin/Jalan Bandong dan telah siap pada bulan Ogos 1987. Upacara pembukaan telah dirasmikan oleh Almarhum Yang BerbahagiaTan Sri Datuk Amar Dr.Sulaiman Daud, Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah ketika itu. Bangunan/Dewan serbaguna inI menempatkan gelanggang badminton didalamnya untuk disewa selain disewa untuk majlis kahwin dan lain-lain majlis keramaian.

Pada tahun 2019 Dewan MUC telah dibaikpulih serta dinaik taraf setelah menerima peruntukan sebanyak 1 juta ringgit daripada YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji AbdulRahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak. Naik taraf bangunan siap sepenuhnya pada awal tahun 2020. Majlis Penyerahan Tamat Projek Naik taraf Dewan Kelab Melayu Kpg. Nyabor oleh pihak kontraktor kepada Pengurusan kelab yang disaksikan oleh YB Dr.Haji Annuar Bin Rapaee Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak pada 9 Mac 2020. Turut hadir menyaksikan majlis tersebut adalah Ahli Jawatankuasa Kelab dan para jemputan. Turut dibina dihadapan bangunan kelab ialah gerai-gerai makanan dan minuman untuk memberi peluang untuk ahli kelab berniaga.

Kelab Melayu Kpg. Nyabor akan sentiasa berusaha untuk maju kehadapan dan membuat pembaharuan selaras dengan keadaan dan keperluan semasa. Berbanyak terima kasih kepada pengasas MUC, mantan mantan pengerusI, mantan mantan AJK kelab, semua ahli kerana telah menubuhkan sebuah kelab yang masih bertahan dan menjadi wadah perjuangan ahli-ahli kelab selaras dengan matlamat yang dimaktubkadimaksudkan dalam perlembangaan kelab. Sebagai menghargai sumbangan jasa bakti ahli kelab yang telah kembali ke rahmatullah, kita sedekahkan bacaan surah Fatihah (Dibaca). Semoga mereka ditempatkan bersama-sama orang-orang yang dirahmati Allah SWT. .Aamiin Semoga kita sama-sama beroleh manfaat dan diharapkan usaha kecil saya ini mendapat keredaan daripada Allah SWT.

Sejarah MUC_009
Scroll to Top